Oleh BERNAMA
Gejala penyakit jantung yang muncul secara halus seperti kerap berasa letih dan berdebar-debar berpanjangan adalah antara tanda awal yang sering diabaikan, menyebabkan pesakit tidak mendapatkan pemeriksaan serta rawatan segera.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya, berkata kebanyakan individu cenderung menganggap gejala ringan sedemikian tidak memerlukan rawatan lanjut, terutamanya apabila rasa tidak selesa itu reda selepas beberapa jam.
"Biasanya, pesakit kita ini kalau ada rasa sakit yang dianggap ringan, mereka akan berehat di rumah kerana menyangka gejala itu akan hilang selepas dua atau tiga jam, jadi dia tak datang berjumpa doktor.






