Kuala Lumpur: Di tengah kesibukan koridor Jalan Klang Lama,MRCB Land memperkenalkan LUNAR Seputeh sebagai kediaman premium yang menggabungkan lokasi strategik, kepadatan rendah dan persekitaran kehidupan berinspirasikan Jepun.
Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM472 juta, pembangunan di atas tanah kira-kira 2.32 ekar itu merangkumi sebuah menara 50 tingkat dengan hanya 483 unit kediaman, menjadikannya pembangunan berkepadatan rendah dalam kawasan bandar.
LUNAR Seputeh adalah fasa ketiga dan pembangunan terakhir berstatus kediaman sepenuhnya dalam pelan induk bersepadu 9 Seputeh seluas kira-kira 17.4 ekar, selepas pembangunan terdahulu termasuk VIVO dan TRIA Seputeh.
Ketua Pegawai Eksekutif Hartanah MRCB Land, Wong Hong Yeong, berkata antara pembeza utama LUNAR Seputeh ialah status hak milik kediamannya, khususnya di koridor Jalan Klang Lama yang turut mempunyai pembangunan baharu berstatus komersial.






