PETALING JAYA: Pasukan skuasy lelaki negara turut tidak menghampakan apabila menewaskan Pakistan 2-0 dalam aksi final acara berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya Kinjo-Futo Arena, semalam.

Malaysia bermula cemerlang menerusi C. Ameeshenraj yang bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan Nasir Iqbal 8-11, 11-3, 11-6, 11-4 dalam tempoh 31 minit sekali gus menghadiahkan mata pertama buat negara.

Pemain No. 1 negara, Ng Eain Yow kemudian melengkapkan kemenangan Malaysia, namun terpaksa bekerja keras selama 46 minit sebelum menewaskan Noor Zaman dalam pertarungan lima set yang berakhir dengan keputusan 11-8, 6-11, 7-11, 11-4, 11-5.

Kejayaan itu mengesahkan pingat emas acara berpasukan lelaki menjadi milik Malaysia sekali gus melengkapkan hari gemilang skuasy negara di Aichi-Nagoya.