KUALA LUMPUR: Selepas disiasat dan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), Ahli perniagaan dan perunding prestasi tinggi, Syed Mohammad Murad Syed Naseem memohon polis menjelaskan siapa sebenarnya pengendali akaun Instagram "jefri_yayan" yang didakwa mengugut Caprice dan keluarganya.
Peguamnya, Aizzat Mustafa, berkata anak guamnya yang lebih dikenali sebagai Murad Zaidi sebelum ini disiasat berhubung akaun berkenaan, namun polis kemudian memaklumkan tiada tindakan lanjut diambil terhadapnya.
Katanya, anak guamnya ditahan pada 11 Julai tahun lalu bagi membantu siasatan, manakala telefon bimbitnya dirampas dan kediamannya digeledah.
"Beberapa individu yang mempunyai kaitan dengannya turut dipanggil bagi membantu siasatan.






