RTS Link adalah projek penting antara Malaysia dan Singapura yang akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura.

JOHOR BAHRU: Perkhidmatan penumpang Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dijangka bermula Februari depan dengan sasaran semua ujian sistem dan operasi percubaan selesai menjelang 31 Dis ini.

RTS Operations Pte Ltd (RTSO) memaklumkan tempoh itu mengambil kira jangka masa bagi baki kerja dan masa diperlukan untuk pensijilan keselamatan oleh pihak ketiga serta kelulusan pihak berkaitan di kedua-dua negara.

"Matlamat kami adalah menyediakan perkhidmatan selamat dan boleh dipercayai bagi RTS Link," katanya dalam kenyataan.

RTS Link adalah projek penting antara Malaysia dan Singapura yang akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura.