KUALA LUMPUR: Penyanyi Ara Johari, 29, mendakwa jangkitan Covid-19 dan influenza memberi kesan kepada kemampuan vokalnya untuk menyanyikan lagu bernada tinggi.

Ara atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari berkata, faktor usia semakin meningkat dan masalah kesihatan antara sebab peti suaranya terjejas hingga boleh dipulihkan menerusi pembedahan atas mendapat nasihat doktor.

"Sekarang memang saya banyak menyanyikan lagu galau bernada biasa sesuai dengan kemampuan vokal saya. Apatah lagi, usia pun semakin meningkat dan kemampuan vokal kita semestinya melalui perubahan juga.

"Mungkin sudah tidak boleh menyanyi seperti ketika remaja dulu sebab kemampuan vokal saya benar-benar terjejas hingga terpaksa turunkan satu 'key' (nada) ketika nyanyian.