Dr Akmal Saleh beri bayangan tinggalkan DUN Merlimau dan intai Serkam atau Sungai Rambai bawah Parlimen Jasin.PETALING JAYA: Bayangan penyandang DUN Merlimau Dr Akmal Saleh beralih ke kawasan lain dalam Parlimen Jasin mungkin petunjuk beliau sedang mengatur langkah bagi bertanding kerusi itu pada PRU16, kata penganalisis.

Namun, penganalisis memberi amaran langkah itu berisiko menimbulkan pertindihan tuntutan kerusi dengan PAS selaku penyandang Parlimen Jasin, sekali gus menguji pendirian ketua Pemuda Umno itu yang lantang menyokong kerjasama Umno-PAS menerusi gagasan penyatuan ummah.

Syaza Shukri berkata, langkah berpindah sama ada ke Sungai Rambai atau Serkam pada PRN Melaka mungkin persediaan untuk Akmal membina sokongan lebih luas di Jasin, terutama jika berhasrat melangkah ke peringkat Parlimen pada PRU16.