PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) meraih kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Penang FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBP), sebentar tadi.
Kemenangan di laman sendiri itu menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan Gon terikat 15 mata dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
Dalam aksi berkenaan, Gergasi Merah mempamerkan penguasaan awal dan meraih beberapa peluang terbaik untuk berada dihadapan menerusi Chrigor Moraes, namun gagal dimanfaatkan penyerang kelahiran Brazil itu.
Gol pembukaan SFC hadir pada minit ke-11 selepas Moraes memanfaatkan bola muntah tepisan Ramdhan Hamid yang sebelum itu menyelamatkan tandukan A. Selvan untuk tuan rumah memimpin perlawanan.










