SAUNA bukan sekadar tempat untuk mengeluarkan peluh, malah ia satu amalan tradisional yang telah diamalkan sejak berabad-abad lamanya sebagai cara semula jadi untuk menyegarkan tubuh dan menenangkan minda.

Sehingga hari ini, sauna masih menjadi pilihan ramai kerana manfaatnya terhadap kesihatan dan kesejahteraan.

Sauna berfungsi dengan menggunakan haba kering atau wap panas untuk meningkatkan suhu badan, sekali gus merangsang proses berpeluh.

Di sesetengah pusat sauna, herba-herba semula jadi seperti serai, daun limau purut, halia atau kayu putih turut digunakan bagi menghasilkan aroma yang memberi kesan relaksasi.