KUALA LUMPUR: Eksport Malaysia meningkat 34 peratus kepada rekod tertinggi RM1.571 trilion bagi tempoh Januari hingga September 2026 didorong pertumbuhan sektor bukan elektrik dan elektronik (E&E) serta peluasan pasaran ke negara bukan tradisional.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Abu Bakar Yusof, berkata prestasi itu membuktikan daya tahan pengeksport tempatan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global dan geopolitik.
Beliau berkata, strategi memperluas pasaran ke negara pesat membangun yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi turut membuka peluang baharu kepada syarikat milik rakyat Malaysia.









