Enam aktivis muda memfailkan permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman pada 28 Feb bagi mendapatkan perintah supaya menteri serta kerajaan menghentikan penyahhutanan pesat dan mengekalkan sekurang-kurangnya 50% litupan hutan negara.KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan enam aktivis muda untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi menuntut kerajaan mengekalkan sekurang-kurangnya 50% litupan hutan negara.

Menerusi tindakan itu, mereka mahu mahkamah mengarahkan menteri sumber asli dan kelestarian alam serta kerajaan menghentikan penyahhutanan pesat dan mengekalkan litupan hutan berkenaan.

Peguam mereka, Lim Wei Jiet memberitahu pemberita hari ini AGC membantah permohonan itu atas alasan perhutanan merupakan soal dasar awam yang berada di luar bidang kuasa mahkamah.