Biggin Hill, England: Badan induk Formula 1, FIA, yakin dua perlumbaan terakhir musim ini di Qatar dan Abu Dhabi akan berlangsung seperti dirancang, meskipun tercetus perang Iran dan konflik di rantau Teluk, kata Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem.
Ketika bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Pusat Operasi Jarak Jauh baharu FIA di Biggin Hill, yang terletak di ibu pejabat televisyen Formula 1 (F1), tokoh dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mengakui wujud kebimbangan terhadap perlumbaan Rali Dakar yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada Januari, namun beliau yakin dengan penganjuran perlumbaan F1.
Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali, yang turut menghadiri majlis pembukaan itu tetapi tidak bercakap kepada wartawan, sebelum ini berkata kalendar perlumbaan masih kekal seperti yang ditetapkan.






