Kuala Lumpur: Kematian remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin selepas 10 hari dilaporkan hilang dan ditemui tidak jauh dari resort penginapan keluarganya memberikan 1,001 pengalaman buat wartawan Harian Metro, Raja Noraina Raja Rahim, 42, sepanjang bertugas menjadi pengamal media.

Mengimbau kejadian yang berlaku, Raja Noraina berkata, pihak media mendapat maklumat kehilangan remaja istimewa berumur 15 tahun itu pada 4 Ogos 2019.

"Masa itu kami sangka kehilangan biasa dan akan dijumpai semula, tetapi keesokannya, polis memulakan misi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan resort di Pantai, Negeri Sembilan yang merupakan lokasi kali terakhir Nora Anne berada bersama keluarga.