MALAYSIA sedang melalui perubahan demografi memberi kesan besar terhadap masa depan negara apabila kadar kesuburan keseluruhan (TFR) menurun kepada 1.5 anak bagi setiap wanita pada 2025, berbanding 1.6 anak pada tahun sebelumnya.
Menurut laporan laporan Jabatan Perangkaan, sebanyak 396,175 kelahiran hidup direkodkan pada 2025, berkurangan 18,743 atau 4.5 peratus berbanding 414,918 kelahiran pada 2024.
Angka ini bukan sekadar menggambarkan penurunan jumlah bayi dilahirkan, malah memberi petunjuk mengenai perubahan struktur penduduk bakal mempengaruhi pendidikan, pasaran pekerjaan dan perancangan pembangunan negara.
Namun, apakah maksud sebenar kadar kesuburan 1.5 anak. Adakah setiap wanita Malaysia kini hanya mempunyai seorang atau dua anak dan adakah jumlah penduduk negara akan terus berkurangan.








