Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata BN dan PAS akan berkongsi pentas untuk mengumumkan calon.PETALING JAYA: Barisan Nasional dan PAS akan berkongsi pentas untuk mengumumkan calon masing-masing bagi PRN Melaka, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi.

Acara tersebut akan diadakan pada Sabtu ini, katanya selepas mesyuarat BN berkenaan PRN Melaka, di Ayer Keroh, Melaka malam tadi.

Dalam pada itu, Zahid mengulangi bahawa BN akan mengumumkan 21 calon.

"Insya-Allah di pentas yang sama dan di dewan yang sama, kita akan umumkan 21, mereka akan umumkan tujuh," katanya, lapor Harian Metro.