PETALING JAYA: Harga 'melampau' bagi makanan dan minuman di Litar Lumba Sepang mencetuskan tidak puas hati dalam kalangan peminat sukan permotoran pada Grand Prix Bahrain, dengan harga mencecah sehingga RM50 untuk sepinggan nasi goreng.
Media sosial dibanjiri rungutan sepanjang hujung minggu, dengan sesetengah pengguna mula mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia merupakan sasaran sebenar penonton bagi acara tersebut. Banyak hantaran di Threads menyatakan harga di situ jauh lebih tinggi, berbanding restoran biasa.
Pengguna Threads @myk3_mash mempersoalkan bagaimana sepinggan nasi goreng boleh berharga RM50. “Saya sumpah saya beli ini dengan harga RM7 di kedai mamak semalam,” kata pengguna itu.







