SELEPAS enam tahun meninggalkan gelanggang pertarungan, Mohd Zawawi Awang Teh kembali beraksi dan membuktikan kemampuannya apabila meraih kemenangan menerusi Technical Knockout (TKO) dalam Kejohanan Muaythai Sang Saka Biru Warrior Vol 3 pada Sabtu.Kejayaan itu diraih dalam kejohanan yang berlangsung Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sekali gus menjadi bukti bahawa faktor usia bukan penghalang untuk terus mencabar kemampuan diri dalam sukan tempur.Dalam pertarungan berkenaan, Mohd Zawawi yang juga Presiden Kelab Muay Thai Sang Saka Biru dan pengurus Persatuan Muay Thai Sang Saka Biru PDRM berentap dengan Master Choo Teck Chee dari Muaythai Selendang Kuning Studio.Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Mohd Zawawi menerusi keputusan TKO susulan kecederaan yang dialami pihak lawan.Mengulas keputusannya kembali ke gelanggang selepas enam tahun bersara daripada sebarang pertarungan, Mohd Zawawi berkata, penyertaannya kali ini bertujuan memberi dorongan kepada golongan muda supaya tidak menjadikan faktor usia sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi."Pada masa sama, ia secara tidak langsung dapat menguji kekuatan dan kemampuan diri saya. Sebagai penjawat awam, kita mesti sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan dan memastikan diri sentiasa cergas," katanya.Kejayaan Mohd Zawawi itu turut mendapat perhatian barisan kepimpinan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang hadir memberikan sokongan serta menyaksikan perlawanan berkenaan.Antara yang hadir ialah Timbalan Komander PSP, ACP Mohd Fadhli Daud, serta Pegawai Pemerintah Unit 1 PSP, Supt Mohd Azli Abdul Rani dan PKP Unit 1 PSP Kuala Lumpur.Penyertaan dan kejayaan Mohd Zawawi mencerminkan semangat juang, disiplin serta komitmen tinggi warga PSP dalam bidang sukan, khususnya Muaythai.Malah, penglibatan dalam sukan tempur bukan sahaja membantu membina kekuatan fizikal dan mental tetapi turut memupuk nilai keberanian, ketahanan diri serta semangat kesukanan.
Presiden Kelab Sang Saka Biru menang TKO di gelanggang Muaythai

Key takeaways
Mohd Zawawi Awang Teh menang melalui TKO dalam Kejohanan Muaythai Sang Saka Biru Warrior Vol 3 selepas enam tahun bersara.
- Mohd Zawawi kembali beraksi dalam pertandingan Muaythai setelah enam tahun bersara.
- Kemenangannya melalui TKO berjaya membuktikan ia masih cergas walaupun berusia.
- Pertandingan ini dihadiri oleh barisan kepimpinan PSP yang memberikan sokongan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗








