saifulaffendy@hmetro.com.my
Sepang: "Ia antara kemenangan yang sangat manis."
Demikian komen pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen yang menganggap kejayaan muncul juara Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini, sebagai antara kemenangan paling istimewa dalam kariernya.
Verstappen berkata, kemenangan dengan catatan 1 jam 47 minit 14.808 saat (s) itu lebih bermakna selepas mengharungi musim yang mencabar selain melihat perkembangan positif pasukannya sepanjang tempoh berkenaan.
"Saya sangat bangga dengan semua orang dan ia sangat manis untuk menang di sini," katanya ketika ditemuramah selepas perlumbaan.








