Isnaraissah Munirah Majilis dan Azis Jamman dipilih sebagai naib presiden Warisan yang baharu manakala Junz Wong, dipilih semula.PETALING JAYA: Dua naib presiden baharu Warisan dipilih daripada lapan pemimpin parti yang bertanding bagi merebut tiga jawatan itu pada pemilihan yang diadakan semasa mesyuarat agung tahunan Warisan di Sandakan, Sabah hari ini.

Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, dan bekas ketua penerangan Warisan, Azis Jamman, menyertai Naib Presiden, Junz Wong, yang berjaya mengekalkan jawatannya.

Pemimpin lain yang bertanding ialah penyandang jawatan Jaujan Sambakong dan Terrence Siambun, serta Adun Darau, Azhar Matussin; Adun Kapayan, Chin Tek Ming dan Timbalan Ketua Warisan Kota Belud, Charles Ebbie.