Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata penggunaan reaktor nuklear berskala kecil wajar dipertimbangkan mengambil kira potensi teknologi itu dalam memenuhi keperluan tenaga negara.KUALA LUMPUR: Negeri SG4 terbuka menjadi perintis bagi kajian penggunaan teknologi nuklear baharu seperti reaktor modular kecil (SMR) di Malaysia sebagai alternatif penjanaan tenaga pada masa depan, kata Pengerusi Perikatan Nasional, Ahmad Samsuri Mokhtar.
Jelasnya, penggunaan reaktor nuklear berskala kecil wajar dipertimbangkan berbanding loji janakuasa nuklear berskala besar, mengambil kira potensi teknologi itu dalam memenuhi keperluan tenaga negara.
"Saya fikir tenaga nuklear merupakan topik sangat hangat diperkatakan pada masa ini. Bagaimanapun, apa yang kita bincangkan bukanlah loji tenaga nuklear berskala besar seperti Fukushima," katanya pada SG4 Business & Economic Forum 2026.







