MALAYSIA tidak boleh selama-lamanya menjadi pengguna teknologi ciptaan orang lain. Jika negara mahu melonjak ke tahap ekonomi bernilai tinggi, rakyat mesti berada di barisan hadapan sebagai pencipta, pengasas syarikat, pemilik teknologi dan peneroka pasaran baharu.

Dalam konteks inilah Belanjawan 2027 wajar dilihat sebagai satu langkah strategik yang berani. Peruntukan RM6 bilion bagi penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan bukan sekadar angka besar dalam dokumen fiskal.

Ia membawa mesej jelas kerajaan mahu inovasi tempatan diterjemahkan kepada produk, syarikat, pekerjaan dan pendapatan rakyat.

Belanjawan 2027 memperlihatkan pendekatan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih menyeluruh.