Tabung Haji menetapkan syarat simpanan minimum RM15,000 dalam akaun khas untuk memastikan kemampuan kewangan serta penolakan atau penangguhan tawaran mengerjakan ibadat berkenaan. PETALING JAYA: Tabung Haji (TH) tidak akan beroperasi seperti sebuah bank kerana institusi itu tertakluk kepada mandat dan tanggungjawab ditetapkan di bawah Akta Tabung Haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) bahawa cadangan menetapkan simpanan minimum RM15,000 bagi bakal jemaah boleh menyebabkan TH bertindak seperti sebuah bank.

“Berkenaan kenyataan mengatakan TH bertindak seperti bank, ingin kita tekankan di sini, TH ada mandatnya di bawah Akta Tabung Haji.