Bandar Madani di Bukit Jalil dibangunkan sebagai ekosistem bandar berintegrasi gabung kediaman mampu milik dengan kemudahan pendidikan, kesihatan dan komuniti.KUALA LUMPUR: Pembangunan Bandar Madani Bukit Jalil akan dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh 15 tahun, dengan kerajaan dalam proses menyediakan peruntukan RM250 juta bagi menaik taraf jalan raya dan mengurangkan kesesakan trafik di kawasan itu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk kerja menaik taraf jalan sedia ada, membina jalan baharu empat lorong serta dua jambatan bagi melancarkan aliran trafik, sekali gus menangani kebimbangan penduduk setempat.
Pembangunan itu, katanya, bukan sekadar projek perumahan berkepadatan tinggi, sebaliknya sebuah ekosistem bandar berintegrasi yang menggabungkan kediaman mampu milik dengan kemudahan pendidikan, kesihatan dan komuniti.





