Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata klasifikasi kes dibuat selepas hasil rakaman percakapan pakar perunding perubatan forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang menjalankan bedah siasat terhadap Noorizwan Zulkefly. PETALING JAYA: Polis mengklasifikasikan semula kes kematian Noorizwan Zulkefly yang maut dalam tahanan IPD Cheras pada 1 Okt lalu di bawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, berkata ia dibuat selepas pakar forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengesahkan kecederaan yang ditemukan pada tubuh si mati selari dengan trauma tumpul dan bukan akibat pelakuan sendiri.

"Siasatan kes terbabit kini dilakukan Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ.