Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata polis terima laporan berhubung kejadian samun yang didakwa membabitkan penculikan seorang lelaki semalam. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiada kejadian culik dalam kes samun membabitkan seorang pelayan restoran di Bangi Avenue yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun yang didakwa membabitkan penculikan seorang lelaki berusia 20-an pada 5.16 pagi semalam.

Beliau berkata berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada 12.40 tengah malam apabila mangsa mendakwa dipaksa masuk ke bahagian belakang sebuah kereta sebelum mata ditutup dan tangan diikat.