Anggota bomba memadamkan kebakaran pada lokomotif tren kargo di laluan di antara Kempas Baru dan Pasir Gudang di Johor, tengah hari tadi. (Gambar JBPM)PETALING JAYA: Sebuah lokomotif tren kargo terbakar di KM4.75, laluan di antara Kempas Baru dan Pasir Gudang di Johor kira-kira 1.10 tengah hari tadi.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan lokomotif M1004 itu mengendalikan tren kargo No. 193 bagi perjalanan dari Pelabuhan Tanjung Pelepas ke Pasir Gudang, lapor Bernama.
Pemandu tren berkenaan telah mengambil tindakan segera dengan memberhentikan tren sebaik sahaja mengesan kebakaran pada lokomotif tersebut sebagai langkah keselamatan.
"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba pada 2.50 petang dan tiada kecederaan dilaporkan," kata kenyataan itu.







