Lee Chean Chung dipilih sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya pada PRU 2022 dan pernah menjadi Adun Semambu di Pahang selama dua penggal.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung menyertai Bersama selepas meninggalkan PKR, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengikut jejak bekas Ahli Parlimen dan pemimpin PKR seperti bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli, bekas naib presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

Lee yang juga bekas bendahari agung dan pengarah komunikasi PKR, menyerahkan borang permohonan keahlian Bersama hari ini sebelum diterima masuk ke parti itu.

"Penyertaan Lee memperkuatkan barisan kepimpinan Bersama tatkala parti giat berkembang. Beliau akan memikul tanggungjawab bersama mengemudi kempen PRN Melaka kali ini, dengan tumpuan membina jentera kempen di kawasan majoriti Cina.