Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 apabila membelasah Bangladesh 6-1 pada aksi ketiga pusingan liga di Punjab, India, hari ini.

Dalam aksi di Stadium Hoki Surjit itu menyaksikan Malaysia mempamerkan ketajaman jentera serangan dengan Azrai Aizad Abu Kamal muncul watak utama apabila meledak dua gol untuk membantu Speedy Tigers mengutip tiga mata.

Azrai Aizad membuka tirai jaringan menerusi gol padang pada minit ke-14 sebelum sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-22 untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0.

Bangladesh bagaimanapun merapatkan jurang menerusi jaringan pukulan sudut penalti Amirul Islam pada minit ke-26.