KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi dari Korea Selatan, Lee Junho, yang mula dikenali sebagai anggota kumpulan 2PM, mengakui minat terhadap dunia lakonan bercambah sejak kecil.
Namun, cintanya terhadap nyanyian dan tarian mendorongnya menceburi bidang muzik.
Lee Junho yang ditemui pada sidang media eksklusif selaku duta jenama global Cuckoo, di TGV Cinemas, Pavilion Bukit Jalil di sini, baru-baru ini, berkongsi, peluang berlakon hadir selepas dirinya memulakan kerjaya sebagai penyanyi.
"Sejak saya kecil, menjadi pelakon adalah impian saya. Tetapi, saya juga sangat meminati nyanyian dan tarian, Jadi, apabila peluang itu datang, saya membuat kemunculan sebagai anggota 2PM.








