KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan penahanan 130 rakyat Malaysia dalam serbuan ke atas sebuah premis yang disyaki menjadi pusat penipuan siber di Rawalpindi, Pakistan, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata pihaknya masih berhubung dengan pihak berkuasa Pakistan melalui Kementerian Luar bagi mendapatkan butiran lengkap mengenai penahanan berkenaan.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk tindakan susulan.

"Setakat ini, kita dimaklumkan seramai 130 rakyat Malaysia ditahan di sana. Ada antara mereka yang mempunyai visa dan ada juga yang visanya sudah tamat tempoh.