KUALA LUMPUR - Gudang penyembelihan dan pemprosesan ayam mentah di Puchong yang diserbu menerusi Ops Taring Chiller semalam dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira 20 tahun lepas.Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, siasatan turut mengenal pasti pemilik gudang berkenaan sebagai lelaki tempatan berusia 34 tahun."Hasil pemeriksaan di lokasi, gudang penyembelihan dan pemprosesan ayam segar ini telah beroperasi lebih kurang 20 tahun lepas."Siasatan lanjut berhubung perkara itu akan diteruskan oleh Bahagian Penguatkuasa Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata sepanjang tempoh gudang itu beroperasi, kira-kira tiga hingga empat serbuan dan pemeriksaan telah dilakukan oleh JAIS bersama agensi penguatkuasa berkaitan, namun serbuan semalam adalah yang pertama melibatkan PDRM menerusi WCB/PSK. Mohd Zaki dalam kenyataan semalam mengesahkan lebih 6.5 tan ayam mentah yang disyaki diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan mengikut hukum syarak dan keperluan persijilan halal, dirampas dalam serbuan terhadap sebuah gudang di Puchong.Turut ditahan dalam Ops Taring Chiller itu ialah 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyembelihan dan pemprosesan ayam di premis berkenaan.Bekalan ayam hidup dipercayai diperoleh daripada beberapa ladang ayam di sekitar Sepang manakala ayam yang siap diproses dipercayai diedarkan kepada pelanggan, termasuk kedai makan, kedai runcit dan pasar raya sekitar Lembah Klang.Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(A) dan Seksyen 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 serta Seksyen 38(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. - Bernama
Gudang proses ayam diseru dipercayai beroperasi sejak 20 tahun lepas

Key takeaways
Gudang penyembelihan ayam di Puchong diseru dan dipercayai beroperasi sejak 20 tahun lalu.
- Gudang penyembelihan ayam diserbu dan dipercayai beroperasi selama 20 tahun.
- Pemilik gudang ialah lelaki tempatan berusia 34 tahun.
- Lebih 6.5 tan ayam mentah dirampas dalam serbuan terhadap gudang tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- October 31, 2026 at 7:09 PM GMT+8
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Gudang proses ayam diseru dipercayai beroperasi sejak 20 tahun lepas (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fwan3_827868.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
