Farzana Hayani Nasir membawa cabaran PH dalam pertandingan empat penjuru di Kelebang pada PRN Melaka, 14 Nov ini.HANG TUAH JAYA: Masalah kemudahan jeti nelayan, sistem perparitan dan saliran antara isu tempatan yang mahu diberi perhatian calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Kelebang, Farzana Hayani Nasir, jika diberi mandat pada PRN Melaka 14 Nov ini.
Farzana, 26, berkata beliau telah menemui nelayan di Jeti Kampung Pinang bagi mendengar sendiri masalah mereka, termasuk keadaan jeti yang tidak diselenggara dengan baik.
“Saya sangat dekat dengan nelayan dan pesawah. Baru-baru ini, kita bertemu nelayan di Jeti Kampung Pinang dan mendengar sendiri keluh kesah mereka.
“Antaranya sistem perparitan dan saliran yang tidak baik, jeti tidak diselenggara serta masalah rumah balai,” katanya dalam temu bual bersama FMT di Bilik Gerakan Utama PH Melaka.








