Rais Yasin (kanan) daripada BN akan berdepan calon Bersatu Abdullah Mahadi daripada Bersatu dan Mohd Ridzuan Abdul Rahman yang mewakili Bersama. (Gambar Facebook)MELAKA: Walaupun masih menyayangi Paya Rumput yang pernah diwakilinya, Rais Yasin memilih menggalas amanah parti bagi membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula Sungai Udang pada PRN Melaka.
Rais berkata beliau sudah tiga tahun dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras DUN Sungai Udang selepas BN tewas kerusi itu dengan majoriti 530 undi pada PRN 2021.
"Saya sebenarnya sangat sayangkan DUN Paya Rumput, tetapi apabila diberikan amanah oleh parti, saya tidak boleh mengambil ringan tanggungjawab untuk memastikan Sungai Udang kembali dimenangi BN," katanya dalam temu bual bersama FMT.









