Tangkap layar video tular pergaduhan sekumpulan individu di di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi, malam tadi. (Gambar X)PETALING JAYA: Polis menahan sembilan individu termasuk dua suspek utama selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi, malam tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata kejadian kira-kira 11 malam itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung perebutan kawasan perniagaan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) Balai Polis Sungai Besi, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras dan anggota lain digerakkan ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu.









%2Ffile%2F1197%2F5d63b97bb2b8ca3bf5af613520035a23.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
