KUALA LUMPUR: Sembilan individu termasuk dua suspek utama ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan di Desa Tun Razak, Sungai Besi di sini, malam tadi.
Pergaduhan membabitkan sekumpulan individu berkenaan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung perebutan kawasan perniagaan di lokasi terbabit.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian 11 malam, sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.
"Susulan itu, sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) Balai Polis Sungai Besi bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras serta elemen lain digerakkan ke lokasi bagi mengawal keadaan.









