PARIS: Pertempuran meletus di Paris dan beberapa bandar utama Perancis sejak Sabtu selepas ratusan ribu orang menyertai tunjuk perasaan minggu ketiga bagi membantah peningkatan kos sara hidup.
Lebih 500 orang ditahan manakala pihak polis melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi membubarkan kumpulan perusuh di pinggir perhimpunan.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez, mengecam tindakan anarki sesetengah pihak, termasuk kes di Paris yang menyaksikan seorang anggota polis diserang menggunakan bom Molotov.
Kementerian Dalam Negeri mengesahkan polis menahan 565 orang di seluruh negara menjelang lewat Sabtu. Seramai empat anggota polis dan seorang gendarme cedera di Paris, dengan tiga daripadanya mengalami luka terbakar.









