am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri mengakui mereka tidak berfikir dua kali bila ditawarkan untuk menjayakan National Symphony Orchestra (NSO) with Aubrey Suwito - Pop Meets Symphony yang berlangsung dua malam di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), di sini.
Menurut Ernie, dia dan Syamel juga sudah lama tidak mengadakan persembahan di pentas IB dan menyanyi bersama iringan barisan pemuzik orkestra.
"Alhamdulillah, kami berdua sangat bertuah kerana dapat melepaskan rindu selepas sekian lama tidak beraksi di pentas berprestij IB.
"Bila sebut NSO pula, memang ''vibes'nya sangat istimewa dan apabila diberitahu konsert ini bersama Aubrey, sudah pasti kami tidak menolaknya.








