Kuala Lumpur: Aksi berdepan Jeonbuk Hyundai Motors FC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) boleh dianggap sebagai perlawanan istimewa dan bakal menarik tumpuan peminat bola sepak tanah air.

Ia susulan empat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Gabriel Palmero sudah bebas daripada penggantungan 12 bulan yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Bagaimanapun, berdasarkan gambar yang dikongsikan JDT setakat ini, hanya kelibat Figueiredo dan Irazabal dilihat menyertai skuad kendalian Xisco Munoz bagi aksi menentang kelab Korea Selatan itu di Stadium Piala Dunia Jeonju, petang esok.

Melihat kepada komen pada gambar yang dimuat naik kelab itu di laman media sosial mereka juga menyaksikan peminat menyatakan keterujaan untuk melihat penampilan semula pemain terbabit bersama JDT.