Jerantut: Ketukan kuat di pintu rumah secara tiba-tiba mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk beberapa kampung dan kawasan perumahan di daerah ini.
Kejadian misteri itu didakwa berlaku berulang kali sejak awal pagi Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, sekurang-kurangnya 20 rumah di sekitar Kampung Sajang (Simpang Tebing Tinggi) dan Perias mendakwa menjadi sasaran ketukan pintu.
Penduduk, Safarudin Yusof, 59, dari Kampung Sajang berkata, kejadian itu berlaku secara mengejut sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk setempat.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F14dadsad_731867.png&w=480&output=webp&q=85&we)