Sejak 2009, portfolio pertahanan pernah diterajui lima pemimpin Umno, iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Ismail Sabri Yaakob, Mohamad Hasan dan menteri pertahanan ketika ini, Khaled Nordin.PETALING JAYA: Umno perlu membuktikan kesungguhannya dalam soal akauntabiliti dengan meminta bekas menteri pertahanan daripada parti itu tampil menjelaskan keputusan serta pemantauan mereka terhadap projek kapal tempur pesisir (LCS), kata seorang penganalisis.
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri daripada Global Asia Consulting berkata parti itu juga wajar menyokong penilaian bebas terhadap keputusan kementerian, perubahan kontrak dan langkah pembetulan yang diambil, selain meneliti tanggungjawab kontraktor.







