PETALING JAYA: Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan sebanyak RM4.26 juta kepada atlet dan jurulatih pemenang pingat di Sukan Komanwel Glasgow, Sukan Asia dan Sukan Para Asia Aichi-Nagoya sebagai penghargaan atas kejayaan meraih pingat.

Menterinya, Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, jumlah itu membabitkan insentif kepada atlet dan jurulatih yang mencipta kejayaan dalam ketiga-tiga temasya berkenaan.

“Daripada RM4.26 juta yang disalurkan malam ini, RM3.55 juta ialah insentif SHAKAM kepada atlet pemenang pingat, manakala RM710,000 ialah insentif Skim Galakan Jurulatih (SGAR) kepada jurulatih.

“Jumlah ini merangkumi RM1.09 juta bagi Sukan Komanwel Glasgow, RM1.87 juta bagi Sukan Asia dan RM1.30 juta bagi Sukan Para Asia Aichi-Nagoya.