NEW YORK: Harga minyak jatuh kira-kira dua peratus ke paras terendah tiga minggu pada Selasa dalam dagangan tidak menentu.
Pasaran sedang menilai usaha menamatkan perang di Ukraine dan Iran, selain kebimbangan mengenai gangguan bekalan susulan serangan terbaharu dalam kedua-dua konflik itu.
Dunia turut menunggu keputusan pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat (AS) yang akan menunjukkan penilaian pengundi terhadap dua tahun pertama penggal kedua Presiden Donald Trump.
Tinjauan pendapat dan penganalisis bebas menjangkakan Parti Demokrat akan merampas Dewan Perwakilan daripada Parti Republikan, manakala penguasaan Senat masih belum pasti.









