Calon DAP Poo Long Suan berkata, bekas Adun Duyong Damian Yeo turut iringi beliau ketika serah borang pencalonan.MELAKA: Walaupun bekas Adun Duyong Damian Yeo memutuskan untuk memboikot kempen Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Melaka, calon gabungan bagi kerusi itu, Poo Long Suan berkata, beliau tetap menerima bantuan daripada Yeo atas kapasiti peribadi.

Poo yang juga ahli Jawatankuasa Aduan DAP Melaka berkata, Yeo membawanya bertemu beberapa individu yang boleh membantunya di Duyong, menambah, 'usaha beliau tetap ada'.

Damian Yeo."Saya baru sahaja bertemu dengannya beberapa hari lepas, dan beliau ada beri nasihat, malah temani saya ke pejabat untuk isi borang penamaan calon.

"Kami sempat berbual panjang, dan beliau turut cadangkan beberapa individu yang mungkin boleh bantu saya," katanya kepada FMT.