Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 28 Okt lepas di sebuah sekolah menengah di daerah Nilai, sebelum tular di Threads pada 4 Nov. (Gambar Bernama)SEREMBAN: Seorang pelajar lelaki sekolah menengah di daerah Nilai dikesan positif saringan awal air kencing bagi tiga jenis dadah, iaitu ketamin, benzodiazepin dan THC.

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata, pelajar berusia 17 tahun itu disiasat susulan penularan video memaparkan dia disyaki berada dalam keadaan khayal akibat penggunaan vape, di media sosial.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 28 Okt lepas di sebuah sekolah menengah di daerah berkenaan.

"Pihak polis mengambil maklum mengenai penularan rakaman video berkenaan di platform media sosial Threads pada 4 Nov sebelum menjalankan siasatan dan mengenal pasti pelajar terbabit.