TAWARAN melancong percuma. Kerja mudah dengan bayaran lumayan. Hanya perlu membawa sebuah beg dan menyerahkannya kepada seseorang apabila tiba di destinasi.

Semuanya kedengaran mudah. Bagi orang sedang kesempitan wang, tawaran sebegini mungkin dianggap peluang mengubah nasib.

Namun di sebalik janji manis itu boleh tersembunyi jerat sindiket dadah. Perjalanan dibayangkan indah akhirnya boleh berakhir di penjara negara orang.

Laporan rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana disyaki menyeludup dadah sepatutnya membuatkan kita lebih berwaspada.