Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata tidak ada apa-apa yang perlu dipertikaikan berhubung tahanan di rumah Najib Razak.HANG TUAH JAYA: Isu tahanan di rumah bekas presiden Umno, Najib Razak, tidak akan menjejaskan kempen kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk PRN Melaka, kata Takiyuddin Hassan.
Setiausaha agung PN itu berkata semua pihak perlu menghormati hak setiap individu di bawah Perlembagaan berhubung pengampunan.
"Tidak ada apa-apa yang perlu dipertikaikan," katanya kepada media ketika ditemui selepas pelancaran manifesto bersama BN-PN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Perkembangan ini menyusuli kenyataan peguam Najib, Farhan Shafee, bahawa Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah tahanan rumah terhadap anak guamnya susulan penyelesaian bayaran denda RM50 juta.







