GIFU: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Brendon Carolan mahu memastikan anak buahnya bersedia sepenuhnya dari segi taktikal bagi menghadapi juara bertahan, India pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Stadium Gifu, esok.
Pertembungan itu bukan sekadar menentukan pemenang pingat emas, malah tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 turut menjadi taruhan dengan hanya juara memperoleh slot berkenaan.
Menyedari India hadir sebagai pasukan pilihan, Carolan mahu pemain negara beraksi tanpa tekanan dan memberikan tumpuan penuh terhadap perancangan taktikal selain bermain dengan penuh keyakinan.
"India adalah pasukan pilihan dan mereka sebuah pasukan hoki yang sangat bagus. Mereka juga menghasilkan keputusan yang baik dalam saingan Pro League.






