KATHMANDU: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan lapan lagi mayat di lokasi kejadian runtuhan salji di Kem Induk Gunung Himlung, Daerah Manang, Nepal pada Khamis, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban kepada 15 orang, kata seorang pegawai, lapor Xinhua.
Dua daripada mayat yang ditemukan diterbangkan dengan helikopter ke hospital daerah di Chame, manakala enam lagi dibawa ke Kampung Phu di daerah berkenaan.
"Daripada 16 orang yang dilaporkan hilang dalam bencana itu, 15 mayat ditemukan setakat Khamis.
"Walaupun semua barangan milik individu terakhir yang masih hilang ditemukan, seorang masih belum dapat dikesan," kata Penolong Ketua Pegawai Daerah Krishna Prasad Paudel, kepada Xinhua.






