KUALA LUMPUR: Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bukan sahaja meninggalkan kesan kepada keluarga dan masyarakat, malah, dirasai penggiat seni yang pernah berpeluang berinteraksi dengan beliau.
Keperibadian merendah diri, mesra dan sentiasa menghargai orang di sekeliling antara perkara yang paling dikenang selebriti.
Bagi pelakon, pengarah dan penerbit, Aziz M Osman, kenangan paling dekat di hatinya adalah ketika bertemu Allahyarham Dr Siti Hasmah pada tayangan perdana filem arahannya, Leftenan Adnan pada 2000.
"Ketika tayangan perdana filem Leftenan Adnan pada 2000, Allahyarham Dr Siti Hasmah secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menghasilkan filem berkenaan. Itu antara perkara yang saya ingat sampai sekarang.






