Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan memperakui titah dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Key takeaways
PM Anwar menegaskan kerajaan menghormati kuasa Agong dan menyatakan Peguam Negara telah memohon menghadap baginda untuk menjelaskan isu pelepasan Najib. Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan permohonan menangguhkan tahanan rumah bukan untuk mempertikaikan pengampunan, tetapi kerana timbul persoalan undang-undang mengenai skop arahan pelepasan tersebut.
- AGC memohon menghadap Agong untuk menjelaskan permasalahan undang-undang berkaitan pelepasan Najib.
- Persoalan timbul sama ada pelepasan hanya berkaitan denda atau membolehkan baki hukuman SRC International diteruskan.
- Mahkamah Tinggi menetapkan hukuman penjara 15 tahun kes 1MDB bermula selepas hukuman SRC International tamat.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata Peguam Negara Dusuki Mokhtar telah memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. (Gambar Bernama)SHAH ALAM: Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Peguam Negara Dusuki Mokhtar segera menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bagi memohon ampun dan menjelaskan permasalahan sekitar pelaksanaan titah tahanan di rumah terhadap Najib Razak.
Anwar menegaskan bahawa kerajaan memperakui titah dan bidang kuasa Agong, dan membuat persiapan untuk memenuhi keputusan dan tanggungjawab melaksanakannya.
"Saya nak jelaskan soal kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak dipertikai," katanya kepada pemberita di tepian program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Selangor International Trade Centre.